Langkah-langkah mengendalikan proses dialisis peritoneal automatik Dialisis_peritoneum

Langkah-langkah mengendalikan mesin dialisis peritoneal semasa rawatan

Langkah 1: Kateter dialisis peritonial

Sebelum memulakan dialisis peritonial, jurubedah akan meletakkan tiub plastic (kateter) di dalam badan pesakit. Doktor mungkin akan member cadangan kepada pesakit untuk menunggu sekurang-kurangnya sebulan sebelum memulakan rawatan bagi memastikan kawasan kateter tersebut sembuh. Kateter peritonial tersebut akan diletakkan supaya keluar daripada badan di kedudukan beberapa inci daripada pusat. Kebiasaanya, pesakit akan menutup kateter tersebut dengan balutan steril.

Langkah 2: Menyediakan pemutar

Sebelum setiap sesi rawatan pada waktu malam, pesakit perlu meletakkan kaset kedalam mesin yang dipanggil pemutar automatik. Kaset ini terdiri daripada beberapa tiub yang bersambung ke beg cecair dialisis di dalam pemutar dan juga ke beg aliran steril. Semasa pesakit rehat atau tidur, pemutar tersebut akan mengisi badan pesakit dengan cecair dialisis yang membolehkan cecair tersebut mengalir di dalam badan kemudian keluar ke beg saliran steril yang dikosongkan pada waktu pagi.

Langkah 3: Menyambungkan ke mesin

Selepas mengisi tiub kaset dan cecair dialisis, pesakit perlu membersihkan tangan, menutup mulut dan hidup dengan topeng and memakai sarung tangan bagi mengelakkan kateter dialisis dan tiub tercemar.Kemudian, sambungkan kateter ke tiub yang bersambung dengan pemutar.

Langkah 4: Waktu rehat

Semasa rawatan dilakukan, pesakit boleh tidur atau berehat sementara pusingan pertama cecair dialisis masuk ke dalam badan.Dalam keadaan berbaring pesakit harus memastikan tiub dalam yang baik untuk mengalirkan cecair tersebut.

Langkah 5: Membuang sambungan

Selepas rawatan selesai kateter perlu ditanggalkan daripada mesin.Seperti langkah sebelum rawatan, pesakit perlu membersihkan tangan dan memakai topeng serta sarung tangan bagi memastikan bebas daripada bakteria pada bukaan kateter tersebut.Langkah 7 Menutup dengan penutup sterilApabila kateter ditanggalkan daripada mesin dialisis, pesakit perlu menutup penghujung kateter dengan penutup yang disteril untuk mengelakkan jangkitan. Rawatan selesai selepas mengosongkan beg saliran yang mengandungi cecair dialisis.